Assalamualaikum.
What a day, walaupun harini kelas satu je. Hahah. That's why ah banyak masa sendiri duduk dalam bilik, berfikir dan stalk apa yang patut. Just have my own time.
Y'know what ? Kita ni manusia yang takkan lari dari berharap pada benda yang tak pasti. Cuma depend dekat seseorang sampai bila dia rasa dia patut berharap pada benda yang tak pasti? Pastu depend bila juga dia nak move on dari berharap tu?
So, harini kan dok fikir rasa sakit hati yang tahpape tu, kita fikir balik apa worth it tak selama ni usaha tu? Memang lah, apa yang kita nak kita usaha diiringi oleh doa. Tapi untuk bab perasaan, jodoh ni kan, you need to let go, you need to stay away from him/her and apa yang akan iringi selepas lepaskan dia ialah doa.
Buat lah macam mana pon, kalau orang dah tak suka, ye kau bernafas pon dia takkan suka dah. Know your value, know your worth dekat mana. Angkat kaki, jalan. Kalau la dalam waktu yang sama kau angkat kaki, kau masih sayang sangat kat dia, kau takleh merayu dah kat dia, kau takleh dah nak mesej bagai nak gile merayu mende kat dia, sebab dia dah tak suka. Kau doa lah, doa supaya dia tu untuk kau, atau kalau dia bukan untuk kau, kau doa lah moga Allah beri yang lebih baik dari dia, doa lah moga Allah beri kebahagiaan tu suatu hari nanti. Jangan expect la, harini doa esok terus lupa.
Tak, it takes time. Tahu tak benda baik tu datang lambat? So keep on praying. Lepastu letaklah harapan dan kepercayaan tu dekat Allah. Kadang-kadang bila dah letak harapan kat Allah, tibe macam datang balik rasa berharap tu kat dia, then kau mesti rasa kecewa balik, sebab Allah nak kau kembali berharap kat dia.
So, kat sini, tak usah dah berharap pada benda yang tak pasti. Kalau orang dah taknak, berilah bintang dan bulan orang tetap taknak. Lepaskan, live your life. Keep moving on. In shaa Allah suatu hari nanti, masa untuk bahagia bersama yang tersayang tu akan tiba.
Have faith and trust Him. <3

