Heartbreak again?

by - April 16, 2020

Assalamualaikum.

Salam Subuh, aku terdetik hati nak menulis setelah sekian lama tak menulis. Selalu tulis dekat notes handphone je. Tapi kalini aku nak meluah apa aku rasa. Rasa yang sama, dari dulu bila hidup kau asyik dengan cinta. Hahah

After 2 years, I have nobody in my life, because of my last heartbreak, aku takut nak terima someone dalam hidup aku. Sebab aku tahu, pada akhirnya orang akan pergi tinggalkan aku. Tapi aku mana pernah serik? Aku terima someone dalam hidup aku sekali lagi. Yelah, orang akan cakap baru 2 tahun kan, hahaha tapi nak buat camne ni semua pilihan :')

When I accepted him, maybe I was too happy sampai lupa yang semua benda dalam dunia ni bersifat sementara. Aku sampai lupa circumstances yang bole jadi bila aku bercinta. Aku jatuh lagi sekali sebab cinta. Tapi this time, I already met his family. Like a whole family. Family besar. Hahah. idk how to say tapi aku bahagia sangat. Dan pada akhirnya, yeah Allah uji. Uji dengan dugaan yang kecil sampai we both terpaksa melepaskan satu sama lain. Eh terpaksa? Hahaha.

Sakit tu, pedih tu, Allah je yang tahu. Betapa hati aku hancur lagi sekali saat aku baru nak bina trust aku, nak rasa bahagia dengan orang yang aku sayang. Silap aku satu je, bila aku dah sayang, aku akan terlalu sayang. Sangat sayang. Sampai lupa bila bila Allah boleh tarik rasa tu. Tapi, benda ni baru lagi. Aku yakin aku kuat, aku yakin aku boleh handle semua ni. Tapi, not all the time aku kuat kadang ada satu masa aku menangis bagai nak gile merindukan semua ni tapi apa aku boleh buat? Berdoa je yang mampu.

Dalam hidup ni kan, kita takkan sangka pon orang yang kita sayang tu satu hari nanti akan tinggalkan kita. Tapi kita kena tahu, semua ni adalah ujian dan dugaan sebab dosa dosa kita yang lama. Dan, kita takkan realise pon apa kita buat dekat orang, sampai la benda tu kena sendiri dekat kita. Pernah rasa tak? Kau hadap something bad, bila fikir balik oh aku pernah buat camni dekat orang lain? Kifarah hits. Allah bayar sekarang. Sebab tu, dalam hidup ni, selagi boleh buat baik buatlah. Yang lepas tu lepas lah, biarkan ia berlalu. Minta ampun dan maaf dekat Allah.

Selagi mana hati tu masih ingat pada Allah, in Shaa Allah dugaan dan ujian tu mudah. Ingat, Allah takkan uji hambaNya kalau kita tak mampu. Bersangka baiklah dengan Allah. Aku pernah baca kat Twitter, kita semua ni lagi-lagi yang bercinta akan cari Allah bila dah putus atau heartbroken. Betullah. Time tu kan baru nak sedar, nak menangis sebab dah jauh dari Allah. Tapi, jangan pernah mengalah, Allah tu Maha Pengampun. Allah tu suka dengar kalau kita merintih, menangis dekat Allah.

Mungkin susah nak terima sekarang, but slowly bbygirl. You can do it. Ingat, Allah ada 3 jawapan pada persoalan dan permintaan kita.

#1 Tidak
#2 Ya
# Ya tapi bukan sekarang

Jadi, berusaha dan berdoalah sehabis baik. Hidup atas muka bumi Allah ni, bukan untuk kejar cinta manusia, tapi untuk kejar cinta Allah. I talked to myself also. Allah tarik kau dari hubungan yang sia-sia sebab Allah cuma nak kau berharap pada dia. Hidup ni memang akan banyak menangis sebab nak capai syurga Allah tu bukan semudah itu. Iman dan hati kena kuat. Doalah, doalah banyak banyak jangan pernah putus asa.

Yakin dan percayalah, ada hikmah semua ni berlaku. 
So kat sini, aku selitkan doa yang bole diamalkan. Siapalah kita kalau hidup tanpa dicintai oleh Allah
So, sekian, akan aku coretkan lagi apa aku rasa selepas ini.

You May Also Like

0 Comments